URUTAN TRADISIONAL

Melancarkan peredaran darah. Seluruh badan akan rasa ringan dan selesa

NAIK PERANAKAN

Urutan untuk menaikkan rahim peranakan perempuan selepas bersalin atau keguguran. Dapat menaikkan semula kedudukan rahim. Penting bagi yang ada masalah peranakan jatuh.

PEMAKAIAN BENGKUNG

Melindungi organ dalam, cepat kecut & ketatkan bahagian perut yang menggeleber

BERTUNGKU

Mengecutkan rahim, memecahkan lemak & kembalikan tubuh badan kepada keadaan asal

PARAM/PILIS/ TAPEL

Menghaluskan & melicinkan kulit, mengelakkan badan masuk angin & mengurangkan panas di kepala

BOREH SCRUB

Menjadikan kulit cantik, halus, gebu & cerah. Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.

MANDI HERBA

Menyegarkan badan, mengatasi masalah kebas-kebas dengan melancarkan peredaran darah, membuang angin dan melembutkan urat saraf

BERTANGAS

Mengecutkan kembali bengkak-bengkak yang disebabkan oleh proses bersalin, sekaligus merawat bahagian intim

MASAKAN BERPANTANG

Makanan yang sihat dan mengenyangkan ibu, agar kembali bertenaga untuk melayan gelagat si manja. Beli sahaja bahan mentah, kami akan masakkan.

URUT LANCAR SUSU

Merangsang sel-sel susu supaya melancarkan pengeluaran susu ibu

BERSAUNA

Melancarkan perjalanan darah dan memecahkan lemak

PENJAGAAN BAYI

Terdiri daripada :Mandikan BayiBengkungTungku HerbaUrut Relaxing